Sunday, April 12, 2015

Testing dulu


bold text

blockoute


UNDERLINE 

Friday, December 19, 2014

BYE-BYE!

Assalamualaikum semua. Entri kalini pendek ajer. Kenapa? Sebab Deena nak delete blog. Bye-byhe blog! Kenapa? Sebab widget di layout Deena banyak hilang. Header pun sama hilang. Itu geram tu. Tak palah. Nanti Deena buat blog baru jugak. Okaylah, mls nk ckp panjang, bye-bye blog! I miss u!

Salam Pemergian, 
Deena 

Saturday, December 6, 2014

TEKA-TEKI: 2


Assalamualaikum! Harini Deena mahu kongsi teka-teki. Yang ni part 2 punya. Macam drama pula kan . Baiklah, ini dia. Oh, sebelum itu, Deena mahu kata yang Deena sebenarnya copy tau.. Bukan reka sendiri. Bukan! Ni Deena copy. Deena jujur tau.



21. Ahmad bin Abu, kambing bin apa? 

22. Dalam banyak -banyak huruf, huruf apa paling panjang 

23. Badan bertemu badan cucuk batang keluar air . 

24. Tutup pintu tutup lampu bukak kain main. 

25. Masuk tegang keluar lembik. 

26. Bile dia masuk tegak, bila dia keluar dia bengkok. 

27. Huruf jawi apa paling tinggi.. 

28. Banyak² kelapa, kelapa apa tak der kat malaysia? 

29. Ada satu jln, bila warna hijau tak jalan, tapi bila warna merah, jalan tak berhenti sampai habis? 

30. Ketika kecil pakai yang besar, bila besar pakai yang kecil..

31. Banyak² pokok, pokok apa plg tinggi? 

32. Banyak² siput, siput apa org bela? 

33. Banyak² siput, siput apa yg pandai berlakon?

34. Gosok² tegak? 

35. Dilihat keras di pegang cair? 

36. Antara kapal & duit sepuluh sen mana lebih berat? 

37. Banyak² rumah, rumah apa tiang dia kat atas? 

38. Org ape yg terlicin kat dunia 

39. Mlm hidup, siang mati 

40. Apa dia, kepala kat kepala, taik kat kepala, tangan kat kepala, kaki kat kepala? 

41. Banyak² angota ayam, apa plg sedap? 

42. Binatang apa yang bertelur & beranak 

43. Banyak² kuih, kuih apa yang bukan kuih?

44. Banyak² kereta, kerata apa yang pemandunyer memandu dari belakang? 

45. Ada 2 ekor anjing wat lumba renang, yang sekor menang tapi yang sekor lagi mati lemas kenapa? 

JAWAPAN:

( kambing binATANG) 
(huruf Q) 
( Mesin Tebu) 
( Panggung Wayang)
( Stokin) 

( Jari kelingking korek hidung) 
( huruf wau ) 
(Kelapa laut Afrika) 
(ubat nyamuk) 
(pampers) 

(pokok kat gunung everest) 
(siput rambut) 
(siput sarawak) 
(strerika) 
(airbatu) 

( duit sepuluh sen, bila masuk dalam air tenggelam) 
(kubur) 
(org minyak) 
(ikan, bile kene siang die mati lerr) 
(kutu) 

(bulu ayam tuk telinga gatal) 
(siput babi, siput bertelur, babi beranak) 
(kueh teow) 
( kereta sorong) 
( 1- anjing laut, 1- anjing biasa)

Ha, mana paling lawak? Bagi Deena yang nombor 21 tu yang lawak. Okey baiklah. Deena mahu tamatkan sebab mahu edit blog sedikit. And, jangan lupa follow blog Deena. Ajak kawan-kawan jenguk blog Deena tau!

Salam Biru,
Deena Miss Biru

Friday, December 5, 2014

TEKA-TEKI: 1


Harini Deena mahu kongsi teka-teki lawak! Teka-teki tu Deena copy ya.. Bukan Deena reka sendiri.. Teka-teki ni sekali dengan jawapan. Teka-teki ni ada sambungan tau! (Bukan drama teka-teki ya! :3) Baiklah, mari Deena tunjukkan teka-teki yang Deena kata lawak tu.


1. burung aper kaki dier kat kaki, sayap dier kat kaki, paruh dier kat kaki, mata dier pun kat kaki? 

2. KALO UNDERTAKER NAIK MOTOR,THE ROCK NAIK APA? 

3. ulat gonggok ader 100 kaki, tiap kali die belok kaki die tinggal 99.. Knape eh..?? 

4. Ade 10 burung hinggap atas satu dahan, pemburu tembak kene 2 ekor. Beraper burung yg tinggal ? 

5. Kenapa superman pakai baju ketat 

6. Jilat-jilat bila dah basah baru cucuk, jilat-jilat bila dah basah baru cucuk. Ape tu..?? 

7. Banyak-banyak bas, bas apa yang pandai? 

8. Banyak-banyak mi, mi apa yang boleh makan ngan ais? 

9. Kenapa anjing kencing angkat sebelah kaki? 

10. Mana lagi tua, motorsikal ke kereta? 

11. Kangkang peluk, kangkag peluk, bila dah dekat climax pegang buah 

12. Bagaimana nak bezakan ikan betina ngan ikan jantan? 

13. Kalau makan isi, buang kulit. Kalau makan kulit, buang apa? 

14. Kalau kat tangan, jam tangan,.. kalau kat dinding, jam dinding.. kalau kat dahi, jam apa? 

15. Beza Burung dgn Unta

16. Potong panjang, tak potong pun panjang?

18. Nampak dibawah cari di atas?

19. Apa perbezaan lampu stadium ngan lampu bilik 

20. Apa binatang, badan kecik macam semut tapi mata besar "bulb" mentol 

Jawapan:
(burung kena pijak)
(NAIK KENING)
(1 kaki beri signal belok)
(10 burung, die tembak ekor aje, tak tembak burung)
( sebab baju dia sais "S" ) 

(masuk benang dlm jarum) 
(bas sekolah) 
(milo ais)
( kalau die angkat sume kaki, die jatuh lerr) 
(motor sebab motor pakai tongkat) 

(Org panjat pokok kelapa) 
(Ikan betina – ikan duyong, Ikan jantan- ikan bakar.. mane ade pompuan name bakar) 
( buang tebiat) 
( jambul)
(Unta ada burung , tapi burung tak ada unta)

(kacang panjang) 
( bumbung bocor)
( lampu stadium dibukak bile start game.. lampu bilik ditutup bile start 'game') 
(semut mata bengkak) 

Baiklah setakat ini sahaja. Nanti Deena sambung lagi ya! Oh, sebelum terlupa  Deena nak tanya pelawat blog Deena suka teka-teki yang mana satu? Deena suka part nombor 13. Buang tabiat pula. Nanti masuk sesi persekolahan boleh tanya kawan-kawan teka-teki pelik ni. Hahahaha O.o

Salam Biru,
Deena Miss Biru

NOVEL:Aku Miss Shopaholic -Part 5-


                                 

   




                         *Gambar hanya hiasan



         "Haahla...Aku gila cam muka Aikha!"kata Hana sambil berlari mendapatkan Aikha.Sebenarnya,Aikha terlanggar sebuah meja yang diletak iqra' dan juga al-quran.Habis la.Sudahlah semua iqra' dan Al-Quran terjatuh.Jenuh dia mengangkat.Pekerja kedai MPH hanya menjeling tajam kepada Aikha memberi amaran supaya tidak membuat kekecohan.Costumer juga ramai menggeleng dan ada juga yang mencebik kurang ajar.Muka Aikha sudah merah menahan malu.Semerah cili merah.Memang pekatkemerahan.Malu tidak terhingga!

      "Hah!Korang dua ni,pandang depanlah waktu berjalan.Tengok dahi korang dah merah!Tak fasal-fasal.Boleh bercakap,tapi pandanglah depan.Hai,ALLAH beri kesempurnaan mata,tak diguna pula."kata Hana ala-ala prof.Muhaya memberi ceramah."Dah,korang berdua ada masa 30 minit.Lepastukita keluar kaa Hana.Tidak betah Hana mahu menghadap dua musuhnya.Ish....

  "Hana,tengoklah.Kita tak sabotaj dia orang lagi dia sendiri buat masalah.Terbaek!Tengoklah.Sedang menahan malu yang tak terperi si Aikha itu."kata Liyana sambil menujukkan tangan kearah Aikha.

               BAPPPPPPPPPPPP.BOOOOOOOOOOOMMMMMMM...........

    "Bunyi tu datang dari sana!Jom tengok!"kata Liyana sambil menarik tangan Hana.

    "Aina,Zulaikha!Apa korang buat lagi ini!Tak sampai 1 minit dah buat hal!Ish........Tengoklah,rak buku ini jatuh.Aina,Zulaikha cerita macam mana boleh jadi macam ni!"kata Hana dengan gila tegas.

   "Sebenarnya..se...benarnya...Ikha duduk sandar dekat rak itu.Lepastu,Aina duduk tepi Ikha,tiba-tiba rak itu jatuh."kata Ikha dengan takut-takut.

    "Hai,kalau Ikha duduk sandar tak apa,sebab Ikha kurus.Aina tak boleh.Terlebih berisi sangat."kata Liyana apabila mengetahui puncanya."Betul,Aina tak sesuai.Terlebih benjolan lemak dekat perut,tangan peha,betis dan perut."kata Hana menyokong Liyana.

   Seketika,semua diam.Tiba-tiba datang seorang staff di MPH berkata"Dik dua,angkat semula rak ini dan susun buku itu kemas-kemas.Itu denda dik berdua.Tengok,custumer lain nak beli juga.So,jangan buat masalah ya!"kata staff MPH itu dengan laser sekali.

                                              Salam Biru,
                                           Deena Miss Biru

Ditamatkan..

Hai semua. Deena ada berita sedih. Apa? Fb Deena kena hack? Tak! Sebenarnya, Deena mahu tamatkan Aku Miss Shopaholic... Kenapa? Sebab, Deena rasa penat mahu buat. Tetapi tidak mengapa.Deena akan masukkan cerpen. Tetapi, Aku Miss Shopaholic yang Deena sudah tulis tu, Deena tak akan delete. Jadi, bolehlah tengok novl mini bersiri tu..( Macam drama bersiri pulak). Baiklah. Deena mahu buat entri lain. Semua yang masuk jangan lupa ajak kawan masuk blog Deena dan follow sekali. Inshaallah, tahun depan Deena akan anjurkan Giveawy. Okay? Baiklah. Sampai disini sahaja coretan Deena.
Salam Biru,
Deena Miss Biru

RESEPI: Sushi

Hai. Harini, Deena mahu keluarkan resepi. Apa yang Deena mahu tunjuk? Ha, Deena mahu ajar buat Sushi! Ramai orang mahu sangat makan sushi bukan? Jadi, tidak perlu susah-susah beli. Buat sendiri lagi senang. Okey kita mulakan ya!

1. Futomaki Sushi

Gambar Futomaki Sushi

BAHAN A (UNTUK NASI PULUT)

Beras Sumo (Kat Tesco / Jusco / Giant ada jual)
Cuka sushi ( guna cuka biasa pun boleh)
Garam
Gula

BAHAN B (UNTUK INTI)

Filamen ketam
Sosej
Telur dadar (goreng biar jadi tebal)
Timun Jepun
Mayonis

BAHAN C

 (PERKARA PALING PENTING UNTUK JADIKAN SUSHI! Takde benda nih, tak menjadi la sushi korang...hahaha)

Kepingan Seaweed (Rumpai Laut)
Tikar Buluh Penggulung Sushi (kat Jusco ada jual)

Bahan wajib!


CARA PENYEDIAAN

NASI PULUT

1. Masak beras sumo macam tanak nasi biasa tapi lebihkan air. (Kat luar plastik beras tu ada tulis instruction cara nak masak)
2. Dah masak, sejukkan sekejap. Pindahkan nasi yang dah masak ke dalam mangkuk.
3. Masukkan cuka sushi. Bubuh agak-agak sesuai dengan kuantiti nasi tu. Kalau terlebih nanti masam pulak. Gaul dengan menggunakan senduk atau lebih senang gaul guna tangan je, tapi kena pakai sarung tangan la.
4. Larutkan sedikit garam dan gula dalam sedikit air. Kemudian tuang ke atas nasi tadi dan gaul rata.
5. Ketepikan.

INTI

1. Rebus sekejap filamen ketam dan sosej. Jangan terlebih masak pulak. Nanti jadi lembik. Saya curah air panas je dan biar dalam 2 minit sebelum angkat.
2. Goreng telur yang dah dicampur dengan sedikit garam menjadi telur dadar. Goreng jangan terlalu nipis.
3. Potong filamen ketam, sosej, telur dadar dan timun jepun dalam bentuk memanjang dan nipis.


CARA NAK MENGGULUNG


1. Sediakan tikar buluh. Pastikan buluh bersih tanpa sebarang habuk!
2. Letakkan kepingan seaweed di atas tikar buluh.
3. Sapukan sedikit mayonis dan ratakan di separuh kepingan seaweed.
4. Ambil nasi pulut dengan menggunakan tangan dan ratakan di atas kawasan yang dah diletak mayonis tadi. (penyet-penyetkan nasi tu bagi padat)
5. Sapukan mayonis ke seluruh permukaan nasi pulut.
6. Susun bahan inti di tengah-tengah nasi.
7. Gulung menggunakan buluh penggulung. Pastikan gulung dengan ketat-ketat sebab nak bagi nasi tu jadi padat.
8. Dah siap gulung, boleh lah potong. Pastikan pisau anda TAJAM!. Kalau tak tajam, susah nak potong.
9. Dah siap potong, susun dalam pinggan, ambik gambar, dan sedia untuk di makan! Woha!

Ini sahaja yang Deena dapat tunjukkan resepinya. Ada banyak lagi antaranya, sushi tuna. Tapi, cukup lah satu resepi. Ha, siapa yang dah buat boleh tunjukkan hasil sushi dikomen.

P/S: Nanti blog Deena akan ada cbox. Nantikan kemunculan bluebox! (nama cbox yang Deena beri)

Salam Biru,
Deena Miss Blue