Sunday, November 2, 2014

BMT please!

Assalamualaikum.Hari ini Deena mahu kata tentang BMT.Apa itu BMT?BMT ialah Bahasa Melayu Tinggi.Apa pula Bahasa Melayu Tinggi?Bahasa Melayu Tinggi ialah penggunaan ejaaan yang betul.Tiada singkatan.Deena sebenarnya pelik.Kenapa semua menulis SMS dengan bahasa singkatan?Mahu senang supaya tidak perlu menulis panjang-panjang.Oh,orang Malaysia sering membuat begitu.Kenapa?Bahasa bukankah Jiwa Bangsa?Ramai yang berkata begitu.Tetapi,mengapa masih ada yang menggunakan ejaan singkatan?Mengapa?Mengapa?Janganlah buat begitu.Gunakan bahasa Melayu yang betul.Disini,Deena tunjukkan contoh yang sering Deena lihat.

1.yg-yang
2.bkn-bukan
3.sng-senang
4.mlt-mulut
5.tak/tk-tidak
6.cnth-contoh
7.grm-geram
8.bdk-badak
9. kau-engkau
10.pndk-pondok

Itu adalah antara yang Deena contohkan.Jadi,ubahlah ejaan menjadi ejaan yang betul.Tiada kata singkatan.Ingat,BAHASA JIWA BANGSA!

Salam,
Deena Hassan

No comments: