Friday, October 31, 2014

Akhirnya,MERDEKA juga!!!

Assalamualaikum...Hai...Apani?Merdeka?Bukankah negara Deena dah merdeka?Ish..Buka bukan!Sebenarnya Deena dah merdeka dari.........
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Tengok bawah

-
-
-
-
-
Peperiksaan Akhir Tahun!!!!

Yeah yeah!Deena dah merdeka.Kawan-kawan pula?Ada yang tak merdeka lagi?Tak apa,buat betul-betul ya!Okeylah bye!Deena nak edit Aku Miss Shopaholic-Part 5-.

Salam,
Deena Hassan

Saturday, October 25, 2014

Giveaway?

Assalamualaikum semua.Deena sebenarnya nak buat giveaway.Tetapi,buat difacebook ya.Cuma Deena tak pasti berapa ramai yang nak sertai.Rasanya,berapa ha?Kekal bermain difikiran Deena.Baikkah,Deena buatlah.Tetapi facebook.My facebook is Deena Hassan.Please add me okey?Apa-apa giveaway akan dibuat difacebook Deena.Akan dibuat selepas Deena habis periksa.Hadiah dia asli dari Melaka.Hadiah nak beli apa ya?Hmmm....Tak mengapalah.Nanti Deena bincang dengan kawan,Bye!Kakak Deena datang menyerang!

Wednesday, October 22, 2014

Peperiksaan Akhir Tahun Menjelang Lagi!!!

Hai,assalamualaikum.Biasanya,semua sekolah akan buat peperiksaan akhir tahun bulan ini.Selewat-lewatnya 27/10/2014-31/10/2014.Macam sekolah Deena.Siapa sama?Sep!Eh,jangan tampar screen,nanti mak pula tampar pipi.Hehehe....Semua dah sedia?Oh,Deena sudah bersedia.Bagaimana kawan-kawan pula?Ada yang gemuruh?It's okey.Tidak perlu takut.Ulangkaji sahaja.Pepatah Melayu kan ada kata,

Usaha tangga kejayaan

Pepatah Inggeris pun ada,

Practice make perfect

Sebenarnya,darjah 4 lagi kesian,Deena darjah 4.Darjah 4 ada tambahan 1 subjek teras,iaitu SEJARAH.Bukan senang tau.Ada lagi Rek Bentuk & Teknologi,Teknologi Maklumat Dan Komunikasi.Memang banyak kena ingat.Tahun ini juga darjah 4 melalui KBAT(KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI)Fuh...Memang susah.

Okeylah,berjumpa lagi dalam entri seterusnya!!Itupun kalau Deena rajin nak buka.Kalau dah lama sangat tak buka,terpaksalah Deena tiup screen computer ini>O<  Oh!

Salam,
BY DEENA HASSAN

NOVEL:Aku Miss Shopaholic -Part 4-

   

                                 

















 "Okey,jom kita mulakan misi.Korang berdua ikut sahaja arahan.Jangan memandai membantah."kata Hana sambil menjeling tajam Afiq dan Zain.Afiq dan Zain pun terkulat-kulat apabila dijeling tajam oleh Hana.Huh.Tajamnya mengalahkan pedang,keris and whatever.

       "Jom,kita ke sana sekarang.Jangan lambat sangat.Nanti Aikha cari korang sebab lama sangat pergi tandas."kata Liyana sambil menoleh kekanan dan kiri.Risau Aikha muncul secara tiba-tiba.

    Semua disitu hanya mengangguk lalu berjalan menuju ke MPH.Sebaik sampai ke MPH,Aina ternampak afiq dan Zain berjalan bersama 2 musuhnya."Ish,ini tak boleh jadi ini.Siaplah engkau Lina.Aku akan sindir engkau setajam-tajamnya."rengus Aina dalam hati.Lina adalah nama gabungan bagi Liyana dan Hana.Mereka berempat tidak sedar bahawa mereka telah diperhatikan oleh pemerhati tidak berbayar iaitu,Aina.

 Di Depan Pintu Masuk MPH

  "Hai Fiq,In.Aina rindu sangat abang dua ini.Eh,Hana,Liyana,tidak malu ke jalan seiring dengan lelaki bukan muhrim kita.Malulah sedikit.Ingat,aku nampak perbutan korang.Nasib baik aku ingatkan,kalau tidak,neraka lah tempat yang sesuai untuk korang dua.Muah hahaha.Harap je pandai,tapi,agama tak kuat."kata Aina.Pada mulanya,apabila berkata dengan Afiq dan Zain manja mengalahkan kucing.Waktu itu Hana membuat aksi tekak loya.Tetapi,apabila berkata dengan Lina,suara amat lantang dan terlebih dos gedik+tegas=diva tegas.

   Ketika Aina bersuara lantang,semua yang ada berdekatan dengan MPH memandang Aina tanpa b erkelip.Yela,tetiba bersuara lantang di pusat membeli-belah.Sudahlah ketawa seperti orang kurang waras.Semua berbisik-bisik sambil memandang Aina.Ada seorang ini memang berani mencebik pada Aina sambil berkata"Dik,ini bukan tempat yang sepatutnya adik pergi.Ini Shopping Mall,bukan hospital sakit jiwa!"kata seorang kakak yang memang laser mengalahkan tempayan mulutnya.Liyana dan Hana juga turut berbisik.Afiq dan Zain juga tidak ketinggalan berbisik sama."Afiq,Zain,jom kita masuk.Nanti lambat pula kita bincang projek."kata Liyana sambil menarik tangan Hana.Afiq dan Zain hanya mengangguk lalu mengikut Liyana.Aina disitu terkebil-kebil apabila ditinggalkan berseorangan.Semua orang sudah mencebik-cebik dan tersenyum jahat pada dirinya.Aina sudah tidak tahan lagi dibuat sebegitu rupa.Dia terus lari masuk ke dalam MPH lalu mendapatkan Ikha.

    "Wei,Ikha.Please help me!Aku tak tahan dibuli sampai begitu teruk.Aku..aku menyesal!Kalau aku tahu,aku akan lakukannya di dalam MPH.Tapi,tengok lah sekarang...uwah...uwh..."kata Aina perlahan kepada Ikha sambil menangis perlahan.

   "Okey,aku akan bantu engkau,kita sabotaj dia orang berdua.Biar dia orang tahu macam mana deritanya engkau menanggung."kata Ikha dengan penuh semangat.Aina yang menangis tadi menjawab"okey".

    Di sebalik rak tempat Aikha membuat plan sabotaj,ada sepasang telinga tidak berbayar mendengarnya iaitu Liyana.Kebetulan pula Liyana pergi ke rak bahagian novel Ain Maisarah untuk membeli 2 buah buku Hero Sri Bangsar iaitu Hero Cubit Orang Jahat dan Hero Hai Hai Penjahat Bye Bye,terdengar pula percakapan Aikha."Hana,kau dengar apa Aikha cakap?"soal Liyana kepada Hana yang ralit membelek novel Ain Maisarah."Apa?Cakap apa?Aku tengah sibuk pilih novel Ain Maisarah.Ini,Aku Mahu CK,sinopsis dia menarik!Hehehe...Hantu Kum Kum."kata Hana sambil membelek buku tersebut."Hana!Aku tengah serius lah!Sebenarnya,aku terdengar perbualan Aikha!Dia nak sabotaj kita.Dia nak kita mendertita!"kata Liyana sambil merenung Hana dengan tajam."What?Aikha tu ada hati nak sabotaj kita?Sorry lah ya!"kata Hana dengan penuh loya.

    Pam!!!!!!!!!!!!!!!!!

   "Eh,bunyi apa tu?Iiiitu........Ai.Kha!"kata Liyana apabilamengecam wajah Aikha.

                                          BERSAMBUNG......................

BY DEENA HASSAN

Jangan hina agamaku,ISLAM!


Hai semua!Hari ini mood Deena tak berapa okey sangat.Sebab sudah tersebar luas Kempen Sentuh Anjing atau dalam bahasa inggerisnya,I Want To Touch A Dog.Deena dapat maklumat daripada page PenMerah [dot]com bahawa Ustaz Iqbal adalah ustaz yang menganjur program tersebut.Ini ada link dia tentang akhbar Kempen Sentuh Anjing:-

https://www.facebook.com/penmerahdotcom/photos/a.431322540302789.1073741874.106426632792383/1316995725068795/?type=1&relevant_count=1

Deena bukan hendak menuduh sesiapa pun.Deena hanya sedih kerana manusia zaman sekarang sanggup buat kempen yang melanggar peraturan ILLAHI.Siapalah orang itu.Sanggup menghina Islam,agama rasmi MALAYSIA.Kalau nak hilangkan takut pada anjing,tak akanlah sehingga suruh menyentuh anjing.Ini ada lagi link yang Deena sertakan.Semuanya berkenaan kempen yang menghina ISLAM.

https://www.facebook.com/penmerahdotcom/photos/a.431322540302789.1073741874.106426632792383/1316254498476251/?type=1&relevant_count=1

http://www.oomedianetwork.com/2014/10/luahan-ustaz-yang-terlibat-dalam.html

Ini sahaja yang Deena sertakan line.Kepada sesiapa yang turut serta dalam kempen itu tolonglah bertaubat!Jangan memalukan agama kita!

BY DEENA HASSAN

Cewah!Promote pula!

Hai,assalamualaikum semua.Deena nak promote beberapa page dan blog orang lain.Deena akan bagi line blog.Jangan malas-malas nak tengok blog orang lain.Tekan sahaja.Macam Deena punya blog

www.gadisbuku.blogspot.com

Semua sedia maklum blog diatas adalah blog Deena.

Ini dia blog yang dipromote:-

http://aleeyacikebom.blogspot.com

http://adlinahudaworld.blogspot.com

http://novelistarblinnkersuperb.blogspot.com

http://jarikecilmenaip.blogspot.com

http://aqilahsigadisnovel.blogspot.com

http://novel-is-my-love.blogspot.com

http://diarisihazimah.blogspot.com

Ang tiga pages.Jom like:-

I love blink book books

Green-r-us

AinMaisarah Novelis

Itu sahaja.Tak susah kan?Siapa ada blog boleh beri link blog tak?Deena nak masuk.BYE!!!

BY DEENA HASSAN

Tuesday, October 21, 2014

NOVEL:Aku Miss Shopaholic -Part 3-








                                      *Gambar hanya hiasan




     "Jom.Kita mulakan plan."kata Hana dengan penuh bersemangat

     "Okey,kita mulakan sekarang.Tapi aku rasa elok kita telefon dia orang berdua terus.Yela,nanti takut rosak plan.Kau telefon Zain,aku telefon Afiq.Cakap dengan dia plan kita."kata Liyana separuh berbisik kepada Hana.

       "Okey,aku setuju."kata Hana.Sebenarnya,rancangan Hana ialah telefon Afiq dan Zain.Minta dia pergi ke tandas kerana,Hana dan Liyana juga akan pergi ke tandas tingkat 1.Mereka akan terangkan kenapa mahu jumpa ditandas.Plan sabotaj pun wajib diberitahu.

      "Da kata dengan Afiq?Dia nak pergi tak?"kata Hana kepada Liyana yang ditugaskan menelefon Afiq.

      "Dah beritahu.Dia setuju.Aku suruh dia berlakon sakit perut.Kononla sangat.Lepastu suruh dia kata dengan Aina dan Zulaikha,tunggu dekat MPH.Cakap dengan dua budak longkang tu dia nak beli buku untuk projek.Ish,cakap nama dua budak longkang tu buat aku loya sahaja."kata Liyana kepada Hana sambil membuat aksi  memegang tekak kerana loya.

     "Oh,Zain dia tak tanya banyak,dia ikut sahaja.Eh!Budak longkangtu dah pergila!Jom lah cepat pergi tandas.Tapi,janganlah bertembung dengan dua budak longkang tu.Bahaya."kata Hana apabila tersedar dua musuhnya sudah beredar anak menuju ke MPH.

   "Yela,jom.Aku tahu macam mana nak mengelakkan daripada bertembung dengan budak longkang tu.Kita pakai cermin mata hitam.Pakai kot supaya nampak profasional."kata Liyana sambil mengambil kot ungunya didalam kereta.

   "Okey,jom kita gerak.Aku dah siap.Pak Hasyim,masukkan troli dalam bonet kembali.Tunggu dalam kereta sampai kami berdua sampai.Pastikan tempat parkir dibayar sebelum kami sampai ya.Jangan nanti terhegeh-hegeh pergi bayar."kata Hana memberi arahan kepada pemandu keluarganya yang sudah berkhidmat lebih kurang 2 tahun.

   "Baiklah Cik Hana."kata Pak Hasyim dengan anak majikannya,Hana.

     "Pak Hasyim,jaga kereta baik-baik.Kalau lapar,telefon Hana dahulu.Cakap nak pergi makan dekat kedai mana.Duit ada dalam itu."kata Hana sambil keluar dari kereta mewah milik ayahnya.

    Dalam perjalanan ke tandas,mereka terserempak dengan Aina dan Zulaikha yang mahu menuju ke MPH.Nampaknya,dua budak longkang itu pergi menghantar dua jejaka itu ke tandas.Ceh!Macam pengawal peribadi pula.Si dua budak longkang itu asyik pergi mencari timba.Mengorat terlebih dos sangat!Yuck,pakaian dia pun nampak seksi.Dekat sekolah pakai tudung,ala-ala muslimah sejati.Luar sekolah,pakai seksi.Sampai dada pun terdedah.Bisik hati kecil Hana.

     "Itu dia orang berdua,Hana!Jangan termenung lagi!Kita dah sampai!!!"kata Liyana sambil menepuk bahu rakannya,Hana.

   "Itu dua orang itu!Lambat sangat datang!"kata Afiq kepada Zain.

    "Hehehe....Sori,bukan nak datang lambat,tapi tadi ramai sangat.Terpaksa berhimpit celah-celah orang ramai."kata Liyana sambil tersengih memandang Afiq dan Zain.

   "Apa fasal pakai kot?Macam nak berlakon watak bos kecik ajer.Salah orang kot...??"kata Zain tujuan mahu mengusik Liyana dan Hana sambil menunduk hormat.

   "Tak adalah.Betul tak salah orang.Kita orang pakai kot supaya mengelak berjumpa Aikha.Kita orang ada plan nak sabotaj Aikha tu.Kita orang tahu korang mesti rimas sangat dengan Aikha."kata Liyana penuh bersemangat.

      "Siapa Aikha?Budak baru sekolah kita ya?"kata Afiq dengan penuh tanda tanya.

     "Hai,Afiq?Tak akan tak tahu?Kau ini kurang cerdik la.Aikha tu adalah nama gabungan Aina dan Zulaikha.Ringkaskan sahaja.Aku memang rimas gila dengan Aikha tu?Please lah!Jauh kan hantu cow cow tu dari aku."kata Zain sambil membuat tekak loya.

    "Rancangan kita orang ialah di MPH nanti aku akan pura-pura terjatuh tertolak Ai.Liyana pula pura-pura buat terjatuh buku lepastu tertarik seluar Ikha.Selepas itu,kita pergi ke KFC.Lain-lain rancangan korang tak yah tahu."kata Hana mencelah mungkin kerana dari tadi hanya mendengar.

   BERSAMBUNG...

BY DEENA HASSAN

#please_beripendapat_mu

LAMA SUDAH!!!

Assalamualaikum semua.Apa khabar?Ada yang masih stress sebab nak dekat peperiksaan akhir tahun?Sama dengan Deena,masih stress.Buka blog sebab nak hikangkan stress.Oh,kepada sesiapa yang menghadapi UPSR,semoga berjaya dapat keputusan peperiksaan.Sama juga yang bakal menghadapi PSRA dan UPKK.Semoga berjaya!

  Sebenarnya,entri kali ini Deena baru perasan dah lama tak buka Blog!Oh,Deena lupa hendak memasukkan entri terbaru.Asyik dengan buku sahaja.Tapi kali ini Deena datang mengemaskini blog Deena ni.Bagaimana pula dengan Aku Miss Shopaholic?Apa sambungan ceritanya?Deena dah siap Aku Miss Shopaholic (Part 3).Cuma tinggal nak edit sahaja.Okey lah,BYE!!!Deena nak edit Aku Miss Shopaholic dan masukkan entri terbaru sebentar lagi.

 


Sunday, October 12, 2014

NOVEL:Aku Miss Shopaholic -Part 2-



                                      





                                *Gambar hanya hiasan



      "Ish,jahatnya mulut longkang Aina dengan Zulaikha.Cakap orang tapi dia pun sama.Hana,kau tak payah sedih lagi.Nanti aku tulis dekat status FB aku,yang Nur Aina Farina dan Zulaikha Faniza adalah Miss Shopaholic yang paling boros.Sebenarnya,kelmarin,aku dengan keluarga pergi bersiar-siar dekat Taman KLCC.Aku ternampak Aina dengan Zulaikha keluar dari Shopping Mall KLCC jimbit berpuluh- puluh beg kertas berjenama.Kau tahu tak?Beg kertas GUCCI Aina sampai ada 3.Zulaikha lagi teruk.Dia punya beg kertas saiz paling besar Butik ESPRIT sampai ada 5.Aku ada ambil gambar.Hah,dengan adanya gambar ni,semua orang mesti percaya.Padan muka dia orang berdua.Baru dia orang tahu,jangan cari masalah dengan kita berdua.Lagi satu,Hana cuba kau kurangkan obses kau membeli belah."kata Liyana sambil bejalan menuju ke kereta Mercedes milik bapa Hana yang sedang menunggu.

    "Hah.Padan muka dia orang.Sebenarnya,aku rasa kita kena sabotaj dia orang berdua sampai dia orang insaf dekat kita.Selagi dia orang berdua tak minta maaf dekat aku,sampai itu aku tak akan berhenti sabotaj dia orang.Aku sebenarnya memang menyampah dekat Aina dan Zulaikha.Yela,asyik pergi memikat Zain Ahmad dengan Afiq Zamir jer.Tahu lah Zain dengan Afiq atlet paling terserlah berbanding atlet lain.Pergi la pikat Haziq Amir.Haziq pun sama macho,gagah macam Zain dengan Afiq.Lagi satu,aku masih tak boleh kurangkan obses aku iaitu dengan membeli-belah.Tetapi,aku boleh kurangkan satu obses aku,iaitu,kurangkan membaca buku Ain Maisarah!HeHeHe!"kata Hana sambil membuka pintu kereta lalu duduk.

   "Hana,kau betul ke nak pergi Pavilion?"kata Liyana dengan muka yang pucat.

    "Betul la.Aku dah tempah tempat parkir kereta VIP dah.Kenapa dengan engkau?Tiba-tiba muka pucat je.Sakit perut ya?"soal Hana bertubi-tubi kepada Liyana.

     "Aku tak sakit perut.Tapi,aku tahu berita ni mesti akan buat kau marah."kata Liyana sambil menunduk memandang lantai.

     "Apa?Beritahu aku cepat.Jangan sembunyi-sembunyi lagi."kata Hana sambil menepuk-nepuk bahu rakan karibnya,Liyana.

    "Okey,aku beritahu kau jangan marah ya.Sebenarnya,Aina dan Zulaikha ada dekat Pavilion.Dia orang berdua bukan nak beli beg LV keluaran terbaru.Tapi,dia orang sibuk mengekor Afiq dan Zain.Kau nak tahu?Zulaikha hadiahkan Zain jam Tag Hueur.Wei,jam itu mencecah 8000 ringgit wei.Aina pula hadiahkan Afiq baju kemeja warna biru jenama GUCCI.Dia beli sekali untuk dia.Warna turqoise.Memang sedondon baju Aina dengan Afiq.Lepastu,kau tahu tak?Aina selfie dengan Afiq sampai pegang-pegang bahu.Eee...Gediknya.Zulaikha pun tak kurang hebatnya,dia ajak Zain makan aiskrim Baskin Robbins berdua sahaja.Zain tak nak tapi,Zulaikha tarik tangan Zain.Katanya,dia belanja."kata Liyana dengan suara yang agak perlahan kerana risau Hana mengamuk menjadi Gorilla jadian.

     "What?Penyibuk utama kita ada dekat Pavilion?Sibuk mengekor Zain dengan Afiq?Memanglah aku tak suka Afiq dengan Zain.Aku selesa berkawan sahaja.Tapi,kita rapat dengan Afiq dan Zain.Makan dekat kantin pun selalu semeja.Biasanya,kita rehat dengan Ika,Afiq,Zain dengan Haziq.Mana boleh jadi.Kita memang dah rapat sangat dengan dia orang."kata-kata Hana memang betul.Mereka berenam iaitu:Liyana,Hana,Ika,Haziq,Afiq dan Zain selalu makan semeja.Membuat projek pun satu kumpulan.Mengulang kaji pun semeja dan membuat kerja sekolah bersama-sama.Kadangkala di kantin,Zulaikha dan Aina ada mengacau.Tetapi sekali sahaja,ini disebabkan insiden apabila tiba-tiba memegang bahu Afiq dan Zain.Hana yang berbulu telinga mendengar ayat-ayat romantik daripada mulut longkang Aina dan Zulaikha terus sahaja bertindak.Hana meletak kaki di tepi supaya Hana dan Zulaikha tersadung.Betul-betul berjaya akibatnya Aina yang sedang memegang mi rebus terpelanting mangkuk dan mi betul-betul berada di atad kepala Aina.Kuah pula membasahi baju Aina.Sekali tengok baju Aina,macam longkang.Dua kali tengok,macam tsunami mini.Zulaikha pula yang sedang memegang pinggan berisi nasi putih,ayam masak merah,telur goreng yang diletakkan sos diatasnya dan dua biji telur masin tersadung mengakibatkan ayam terjatuh diatas bajunya.Kuah ayam pula membasahi belakang bajunya,telur pula mendarat betul-betul atas mukanya.Habis hidungnya kemerah-merahan terkena sos cili.Telur masin pula tersumbat  dalam mulutnya sampai tercekik.Itulah insiden yang memalukan Aina dan Zulaikha.

   "Cik Hana,Cik Liyana kita sudah sampai ke destinasi"kata Pak Hisyam dengan sopan.

    "Oh,Pak Hisyam pergi pasang troli kemas-emasan saya.Pasang elok-elok.Jangan nanti terpatah."kata Hana kepada pemandu keluarganya.

    "Okey.Hana kau betulkan bedak dulu.Celak pun nampak tak sekata.Cuba kau bertenang.Kita dah sampai.Relakslah.Nantikan kita nak sabotaj dia orang berdua."kata Liyana yang cuba menenangkan Hana.

    "Okey.Aku dan relaks.Jom lah kita keluar.Lagipun,kalau sampai lambat takut habis modal terbaru."kata Hana sambil membuka pintu kereta.

    "Hello Pavilion.Aku datang untuk shopping!Bersedialah!Saya Hana Airina Binti Dato'Ahmad Fakri bersedia untuk menjelajah butik-butik yang terdapat di Pavilion ini!"kata Hana dengan bersemangat.Namun,suara Hana diperlahankan supaya tiada siapa menganggap dia orang kurang waras.Oh!Mesti naya!Hanya Liyana seorang sahaja yang mendengar menggeleng dengan sifat rakannya yang memang Miss Shopaholic yang amat setia.Jumpa sahaja Shopping Mall,sudah mengubat api kemarahan.Berlainan dengan orang lain.Aktiviti makan sahaja yang mampu mengubat diri.Pelik betul Miss Shopaholic seorang ini.

   "Eh!Hana,itu Aina,Zulaikha,Zain dan Afiq.Dia orang jalan bersama-sama.Tapi,tengok muka Zain dan Afiq.Kelat semacam.Mesti rimaskan?"kata Liyana separuh berbisik dengan Hana.

                              SAYA PEMINAT BUKU_ www.gadisbuku.blogspot.com    

Di Dalam Pavilion

   "Eh!Aina,Zulaikha kita orang kena pergi.Ada perjumpaan dengan Liyana dan Hana"kata Afiq apabila ternampak seorang yang amat disukainya iaitu Liyana bersama rakan karibnya,Hana sambil mengenyit mata kepada Zain.

    "Betul.Ada perbincangan tentang projek.Kita orang dah janji nak jumpa depan pintu utama tingkat 1 pukul 4:30.Nak pergi berbincang dekat restoran KFC.Terima kasih atas hadiah yang diberi."kata Zain menyokong kata-kata Afiq.

   "Alah,kita pergi sama-samalah.Kita orang boleh tolong urutkan bahu supaya korang tak penat.Lagipun,Liyana dengan Miss Shopaholic sebelah dia tu memang tak berguna.Masuk sahaja kumpulan kita orang.Mesti dapat nombor 1."kata Aina dengan mulut yang amat laser.Mengalahkan mulut tempayan.Ketika Aina berkata,muka Afiq sudah kemerah-merahan manakala kepala Zain sudah panas apabila orang yang sudah memaut hatinya dicaci oleh mulut tempayan Aina.

   "Kumpulan dengan korang tak guna langsung.Membosankan sangatYela,setiap kali buat projek asyik dapat nombor last.Tengok kumpulan Liyana nombor 1 sentiasa dalam genggamannya.Oh!Lagi satu,saya dan Zain pernah shopping dengan Liyana dan Hana.Dia orang tak boros pun.Kecuali Hana.Dia Miss Shopaholic la.Tapi tak seteruk korang berdua.Tadi pergi shopping,bermacam-macam dibelinya."kata Afiq dengan mulut yang amat laser.Zain hanya mengangguk mengiakan.

AKUMISSSHOPAHOLICAKUMISSSHOPAHOLICAKUMISSSHOPAHOLICAKUMISSSHO

Di Tempat Parkir Kereta

  "Tak apa.Aku ada plan nak sabotaj dia orang.Tapi terpakasa gadaikan beg LV.Oh!Kalau boleh nak je aku menangis bila terlepas beg LV.Miss Shopaholic sudah tidak berfungsi.Oh!Good Bye beg LV.Ada hari,kita jumpa ya."kata Hana dengan hampa.

  "Tak apa,Hana.Lusa ayah aku pergi Paris.Nanti aku kirimkan nak beg LV.Beg LV dekat Paris lagi cantik modalnya.Cepat cakap."Liyana menggesa Hana memberitahu plan sabotajnya sambil memujuk Hana yang mungkim menangis tak berhenti 3 hari 3malam akibat terlepas beg LV.

  "Sini.Psssssss....Psssss.....Psssss.....Psssss.....Psssss.....Macam mana?Setuju?"kata Hana.

  "Setuju!Aku akan ikut plan.Nanti aku boleh tambahkan lagi buruk."kata Liyana dengan penuh bersemangat.

BERSAMBUNG

Apa plan Hana dan Liyana?Apa tindakan Afiq dan Zain terhadap Aina dan Zulaikha?Adakah plan Hana berjalan lancar?Atau ada sekatan?Ketahuinya dalam Aku Miss Shopaholic    -Part 3-

Friday, October 10, 2014

NOVEL:Aku Miss Shopaholic -Part 1-



                                                                                      




                                     *Gambar hanya hiasan





   "Helo Hana!Boleh tak petang ini kita pergi Pavilion?Aku dapat tahu beg LV dekat Pavilion dah masuk modal terbaru!Jom lah pergi sama-sama.Lagipun aku dah lama tak keluar shopping dengan engkau."kata Liyana kepada rakan baiknya,Hana.

    "Hah apa?Beg LV dah keluar modal terbaru?Aku boleh pergi.Kita pergi dalam masa setengah jam lagi.Aku akan terpacak depan rumah kau 20 minit lagi.Aku suruh pemandu aku,Pak Hisyam hantar kita."kata Hana dengan penuh bersemangat.

    "Amboi,bukan main bersemangat lagi kau,Hana.Aku yang ajak engkau yang bersemangat."kata Liyana kepada Hana.

                                                   Tit...Tit...Tit...Tit...Tit..


'Jahat punya Hana.Memang Miss Shopaholic betullah!Memang Hantu SHOPPING.Tak dapat dipisahkan dengan Shopping Mall.'celoteh Liyana dalam hati.

Pon!Pon! Pon!Pon! Pon!Pon!

'Apa?Hana dah datang??Cepatnya!Aku tak sempat bersiap lagi,dia dah sampai'kata Liyana dalam hati.

   "Liyana?Tak bersiap lagi?Hana dah sampai tu!Cepat pergi bersiap?Nak hidangkan Hana apa,Liyana?"tegur Datin Zariani iaitu mama kepada Liyana.

   "Okey.Liyana bersiap sekarang.Hidangkan Hana dengan teh strawberi dan coklat beserta buah strawberi.Hana memang suka cicah strawberi dalam coklat."kata Liyana sambil memanjat anak tangga.

    "Baiklah.Cepat bersiap Liyana!Jangan buat tetamu tertunggu-tunggu.Kesian Hana.Nanti tak dapat beli beg LV keluaran terbaru."kata mama Liyana

                                 SAYA PEMINAT BUKU_www.gadisbuku.blogspot.com

Di Dalam Bilik Liyana

      "Aduh,baju apa yang nak pakai?Susahnya nak buat pemilihan.Ni Hana punya pasal la.Datang awal sangat.Aku nak pilih baju pun susah.Kalau bersiap lambat nanti dia marah.Cakap nanti beg LV habis la dan 1001 lagi.Konon akan terpacak depan rumah aku 20 minit lagi.Ni tak sampai 3 minit pun."marah Liyana sambil membelek bajunya didalam almari.

     'Ambil blaus ungu dipadankan dengan skirt coklat pokaldot.Mesti nampak cantik.Rambut pula tak perlu ikat lah.Biar mengerbang.Tapi kena sembur perapi rambut dahulu.Nanti baru sihat,cantik dan berseri rambut.Jam pula ambil jenama Folie Folie bertatahkan berlian.Papa baru je beli minggu lepas dekat New York.Desingn ni belum masuk pasaran Malaysia lagi.Cermin mata hitam ambil jenama Gucci berbingkai emas.Kasut pula tumit tinggi.Baru selesa nak berjalan sana sini.Last sekali beg tangan jenama LV.'kata Liyana sambil memakai baju dan skirt.

     "Eh!Lima minit sahaja lagi nak bersiap.Cepat mekap muka!"terus Liyana duduk di meja solek kerana kekurangan masa.

                                  AKU MISS SHOPAHOLIC_www.gadisbuku.blogspot.com

Di Ruang Tamu Rumah Liyana

     "Eh!Dah lama tunggu ke Hana?Kenapa masam sangat muka?Aku bersiap lewat ya?"sapa Liyana kepada rakan baiknya,Hana.

      "Liyana,cuba kau tengok facebook.Ahad minggu lepaskan kita pergi Mid Valley.Kita berdua selfie dekat depan kaunter MAC selepas disolek.Cuba kau tengok comment"kata Hana dengn lantang.

Liyana apa lagi.Terus buka laman facebook miliknya,Handphone Iphone 6 yang diberi oleh mamanya kerana mendapat keputusan cemerlang.Membuka laman facebook,berpuluh-puluh natflication keluar.Diperiksanya gambar selfie yang telah dimuat naikkan ke laman portal FB Ahad lepas.Betul.Ramai memberi comment negatif kepada sahabatnya,Hana.Ish.Mulut jahat betul.Eh!Eh!Eh!Nama facebook dua orang ini amat dikenalinya.Apa?Zulaikha dan Aina juga memberi comment.Ceh!Cakap orang boros la!Miss Shopaholic la!Padahal dia pun sama!Gatal pula tu dengan dua atlet dan jejaka sekolah!Pengacau keamanan ni memang sengaja cari fasal dengan aku.Hei aku Puteri Liyana Amanda Binti Dato'Shafir Azman lah.Aku boleh suruh mama aku,Datin Zariani saman orang tu.Aku boleh suruh papa aku pergi Office Berita iaitu Buletin Utama beritahu yang Zulaikha dan Aina budak paling biadab dengan anak Tokoh Politik.

                                                    BERSAMBUNG.......

Apa yang akan Liyana buat untuk membalas dendam kepada Zulaikha dan Aina?Adakah Hana masih digelar Miss Shopaholic lagi?Adakah Hana yang memang obses membeli-belah dapat mengurangkan obsesnya?

Rancangan tajuk novel

ASSALAMUALAIKUM semua.Deena harap semua sihat sahaja.Deena mahu membuat 3 buah novel.Antaranya bertajuk

-Aku Miss Shopaholic
-Diva Kampung
-Paris!I'm Coming!!!!

Itu sahaja perancangan Deena.Harap-harap dapatlah laksanakan tiga novel ini.Fuhh..Susahnya!Belum buat lagi dah kata penat.Tak patut sungguh.Nantikan novel pertama Deena iaitu Aku Miss Shopaholic!!!


Sunday, October 5, 2014

Selamat Hari Raya Aidiladha

Assalamualaikum semua.Deena ingin mengucapakan Selamat Hari Raya Aidiladha.Jangan lupa bangun awal dan pergi surau/masjid terdekat untuk menunaikan solat sunat aidiladha.Lepas itu,pergi tengok orang sembelih lembu.Lepas itu,minta mak masakkan lembu.Bagi Deena,mak Deena masak rendang lembu.Kawan-kawan pula bagaimana?Keluarga Deena dapat 6 kilo lembu sebab bayar RM520 macam itu lah.Siapa pergi balik kampung?Deena doakan siapa yang balik kampung selamat pergi dan balik.Disini,Deena buat serangkap pantun:-

Bangun pagi pergi surau,
Menunaikan solat sunat aidiladha,
Tengok orang sembelih lembu,
Kesia tengok lembu jadi korban kita.

SEKIAN WABILLAH HITAUFIK WAHIDAYAH WASSALAMUALAIKUM WARAH MATULLAH HIWABARAKATU