Sunday, October 12, 2014

NOVEL:Aku Miss Shopaholic -Part 2-



                                      





                                *Gambar hanya hiasan



      "Ish,jahatnya mulut longkang Aina dengan Zulaikha.Cakap orang tapi dia pun sama.Hana,kau tak payah sedih lagi.Nanti aku tulis dekat status FB aku,yang Nur Aina Farina dan Zulaikha Faniza adalah Miss Shopaholic yang paling boros.Sebenarnya,kelmarin,aku dengan keluarga pergi bersiar-siar dekat Taman KLCC.Aku ternampak Aina dengan Zulaikha keluar dari Shopping Mall KLCC jimbit berpuluh- puluh beg kertas berjenama.Kau tahu tak?Beg kertas GUCCI Aina sampai ada 3.Zulaikha lagi teruk.Dia punya beg kertas saiz paling besar Butik ESPRIT sampai ada 5.Aku ada ambil gambar.Hah,dengan adanya gambar ni,semua orang mesti percaya.Padan muka dia orang berdua.Baru dia orang tahu,jangan cari masalah dengan kita berdua.Lagi satu,Hana cuba kau kurangkan obses kau membeli belah."kata Liyana sambil bejalan menuju ke kereta Mercedes milik bapa Hana yang sedang menunggu.

    "Hah.Padan muka dia orang.Sebenarnya,aku rasa kita kena sabotaj dia orang berdua sampai dia orang insaf dekat kita.Selagi dia orang berdua tak minta maaf dekat aku,sampai itu aku tak akan berhenti sabotaj dia orang.Aku sebenarnya memang menyampah dekat Aina dan Zulaikha.Yela,asyik pergi memikat Zain Ahmad dengan Afiq Zamir jer.Tahu lah Zain dengan Afiq atlet paling terserlah berbanding atlet lain.Pergi la pikat Haziq Amir.Haziq pun sama macho,gagah macam Zain dengan Afiq.Lagi satu,aku masih tak boleh kurangkan obses aku iaitu dengan membeli-belah.Tetapi,aku boleh kurangkan satu obses aku,iaitu,kurangkan membaca buku Ain Maisarah!HeHeHe!"kata Hana sambil membuka pintu kereta lalu duduk.

   "Hana,kau betul ke nak pergi Pavilion?"kata Liyana dengan muka yang pucat.

    "Betul la.Aku dah tempah tempat parkir kereta VIP dah.Kenapa dengan engkau?Tiba-tiba muka pucat je.Sakit perut ya?"soal Hana bertubi-tubi kepada Liyana.

     "Aku tak sakit perut.Tapi,aku tahu berita ni mesti akan buat kau marah."kata Liyana sambil menunduk memandang lantai.

     "Apa?Beritahu aku cepat.Jangan sembunyi-sembunyi lagi."kata Hana sambil menepuk-nepuk bahu rakan karibnya,Liyana.

    "Okey,aku beritahu kau jangan marah ya.Sebenarnya,Aina dan Zulaikha ada dekat Pavilion.Dia orang berdua bukan nak beli beg LV keluaran terbaru.Tapi,dia orang sibuk mengekor Afiq dan Zain.Kau nak tahu?Zulaikha hadiahkan Zain jam Tag Hueur.Wei,jam itu mencecah 8000 ringgit wei.Aina pula hadiahkan Afiq baju kemeja warna biru jenama GUCCI.Dia beli sekali untuk dia.Warna turqoise.Memang sedondon baju Aina dengan Afiq.Lepastu,kau tahu tak?Aina selfie dengan Afiq sampai pegang-pegang bahu.Eee...Gediknya.Zulaikha pun tak kurang hebatnya,dia ajak Zain makan aiskrim Baskin Robbins berdua sahaja.Zain tak nak tapi,Zulaikha tarik tangan Zain.Katanya,dia belanja."kata Liyana dengan suara yang agak perlahan kerana risau Hana mengamuk menjadi Gorilla jadian.

     "What?Penyibuk utama kita ada dekat Pavilion?Sibuk mengekor Zain dengan Afiq?Memanglah aku tak suka Afiq dengan Zain.Aku selesa berkawan sahaja.Tapi,kita rapat dengan Afiq dan Zain.Makan dekat kantin pun selalu semeja.Biasanya,kita rehat dengan Ika,Afiq,Zain dengan Haziq.Mana boleh jadi.Kita memang dah rapat sangat dengan dia orang."kata-kata Hana memang betul.Mereka berenam iaitu:Liyana,Hana,Ika,Haziq,Afiq dan Zain selalu makan semeja.Membuat projek pun satu kumpulan.Mengulang kaji pun semeja dan membuat kerja sekolah bersama-sama.Kadangkala di kantin,Zulaikha dan Aina ada mengacau.Tetapi sekali sahaja,ini disebabkan insiden apabila tiba-tiba memegang bahu Afiq dan Zain.Hana yang berbulu telinga mendengar ayat-ayat romantik daripada mulut longkang Aina dan Zulaikha terus sahaja bertindak.Hana meletak kaki di tepi supaya Hana dan Zulaikha tersadung.Betul-betul berjaya akibatnya Aina yang sedang memegang mi rebus terpelanting mangkuk dan mi betul-betul berada di atad kepala Aina.Kuah pula membasahi baju Aina.Sekali tengok baju Aina,macam longkang.Dua kali tengok,macam tsunami mini.Zulaikha pula yang sedang memegang pinggan berisi nasi putih,ayam masak merah,telur goreng yang diletakkan sos diatasnya dan dua biji telur masin tersadung mengakibatkan ayam terjatuh diatas bajunya.Kuah ayam pula membasahi belakang bajunya,telur pula mendarat betul-betul atas mukanya.Habis hidungnya kemerah-merahan terkena sos cili.Telur masin pula tersumbat  dalam mulutnya sampai tercekik.Itulah insiden yang memalukan Aina dan Zulaikha.

   "Cik Hana,Cik Liyana kita sudah sampai ke destinasi"kata Pak Hisyam dengan sopan.

    "Oh,Pak Hisyam pergi pasang troli kemas-emasan saya.Pasang elok-elok.Jangan nanti terpatah."kata Hana kepada pemandu keluarganya.

    "Okey.Hana kau betulkan bedak dulu.Celak pun nampak tak sekata.Cuba kau bertenang.Kita dah sampai.Relakslah.Nantikan kita nak sabotaj dia orang berdua."kata Liyana yang cuba menenangkan Hana.

    "Okey.Aku dan relaks.Jom lah kita keluar.Lagipun,kalau sampai lambat takut habis modal terbaru."kata Hana sambil membuka pintu kereta.

    "Hello Pavilion.Aku datang untuk shopping!Bersedialah!Saya Hana Airina Binti Dato'Ahmad Fakri bersedia untuk menjelajah butik-butik yang terdapat di Pavilion ini!"kata Hana dengan bersemangat.Namun,suara Hana diperlahankan supaya tiada siapa menganggap dia orang kurang waras.Oh!Mesti naya!Hanya Liyana seorang sahaja yang mendengar menggeleng dengan sifat rakannya yang memang Miss Shopaholic yang amat setia.Jumpa sahaja Shopping Mall,sudah mengubat api kemarahan.Berlainan dengan orang lain.Aktiviti makan sahaja yang mampu mengubat diri.Pelik betul Miss Shopaholic seorang ini.

   "Eh!Hana,itu Aina,Zulaikha,Zain dan Afiq.Dia orang jalan bersama-sama.Tapi,tengok muka Zain dan Afiq.Kelat semacam.Mesti rimaskan?"kata Liyana separuh berbisik dengan Hana.

                              SAYA PEMINAT BUKU_ www.gadisbuku.blogspot.com    

Di Dalam Pavilion

   "Eh!Aina,Zulaikha kita orang kena pergi.Ada perjumpaan dengan Liyana dan Hana"kata Afiq apabila ternampak seorang yang amat disukainya iaitu Liyana bersama rakan karibnya,Hana sambil mengenyit mata kepada Zain.

    "Betul.Ada perbincangan tentang projek.Kita orang dah janji nak jumpa depan pintu utama tingkat 1 pukul 4:30.Nak pergi berbincang dekat restoran KFC.Terima kasih atas hadiah yang diberi."kata Zain menyokong kata-kata Afiq.

   "Alah,kita pergi sama-samalah.Kita orang boleh tolong urutkan bahu supaya korang tak penat.Lagipun,Liyana dengan Miss Shopaholic sebelah dia tu memang tak berguna.Masuk sahaja kumpulan kita orang.Mesti dapat nombor 1."kata Aina dengan mulut yang amat laser.Mengalahkan mulut tempayan.Ketika Aina berkata,muka Afiq sudah kemerah-merahan manakala kepala Zain sudah panas apabila orang yang sudah memaut hatinya dicaci oleh mulut tempayan Aina.

   "Kumpulan dengan korang tak guna langsung.Membosankan sangatYela,setiap kali buat projek asyik dapat nombor last.Tengok kumpulan Liyana nombor 1 sentiasa dalam genggamannya.Oh!Lagi satu,saya dan Zain pernah shopping dengan Liyana dan Hana.Dia orang tak boros pun.Kecuali Hana.Dia Miss Shopaholic la.Tapi tak seteruk korang berdua.Tadi pergi shopping,bermacam-macam dibelinya."kata Afiq dengan mulut yang amat laser.Zain hanya mengangguk mengiakan.

AKUMISSSHOPAHOLICAKUMISSSHOPAHOLICAKUMISSSHOPAHOLICAKUMISSSHO

Di Tempat Parkir Kereta

  "Tak apa.Aku ada plan nak sabotaj dia orang.Tapi terpakasa gadaikan beg LV.Oh!Kalau boleh nak je aku menangis bila terlepas beg LV.Miss Shopaholic sudah tidak berfungsi.Oh!Good Bye beg LV.Ada hari,kita jumpa ya."kata Hana dengan hampa.

  "Tak apa,Hana.Lusa ayah aku pergi Paris.Nanti aku kirimkan nak beg LV.Beg LV dekat Paris lagi cantik modalnya.Cepat cakap."Liyana menggesa Hana memberitahu plan sabotajnya sambil memujuk Hana yang mungkim menangis tak berhenti 3 hari 3malam akibat terlepas beg LV.

  "Sini.Psssssss....Psssss.....Psssss.....Psssss.....Psssss.....Macam mana?Setuju?"kata Hana.

  "Setuju!Aku akan ikut plan.Nanti aku boleh tambahkan lagi buruk."kata Liyana dengan penuh bersemangat.

BERSAMBUNG

Apa plan Hana dan Liyana?Apa tindakan Afiq dan Zain terhadap Aina dan Zulaikha?Adakah plan Hana berjalan lancar?Atau ada sekatan?Ketahuinya dalam Aku Miss Shopaholic    -Part 3-

No comments: