Friday, October 10, 2014

NOVEL:Aku Miss Shopaholic -Part 1-



                                                                                      




                                     *Gambar hanya hiasan





   "Helo Hana!Boleh tak petang ini kita pergi Pavilion?Aku dapat tahu beg LV dekat Pavilion dah masuk modal terbaru!Jom lah pergi sama-sama.Lagipun aku dah lama tak keluar shopping dengan engkau."kata Liyana kepada rakan baiknya,Hana.

    "Hah apa?Beg LV dah keluar modal terbaru?Aku boleh pergi.Kita pergi dalam masa setengah jam lagi.Aku akan terpacak depan rumah kau 20 minit lagi.Aku suruh pemandu aku,Pak Hisyam hantar kita."kata Hana dengan penuh bersemangat.

    "Amboi,bukan main bersemangat lagi kau,Hana.Aku yang ajak engkau yang bersemangat."kata Liyana kepada Hana.

                                                   Tit...Tit...Tit...Tit...Tit..


'Jahat punya Hana.Memang Miss Shopaholic betullah!Memang Hantu SHOPPING.Tak dapat dipisahkan dengan Shopping Mall.'celoteh Liyana dalam hati.

Pon!Pon! Pon!Pon! Pon!Pon!

'Apa?Hana dah datang??Cepatnya!Aku tak sempat bersiap lagi,dia dah sampai'kata Liyana dalam hati.

   "Liyana?Tak bersiap lagi?Hana dah sampai tu!Cepat pergi bersiap?Nak hidangkan Hana apa,Liyana?"tegur Datin Zariani iaitu mama kepada Liyana.

   "Okey.Liyana bersiap sekarang.Hidangkan Hana dengan teh strawberi dan coklat beserta buah strawberi.Hana memang suka cicah strawberi dalam coklat."kata Liyana sambil memanjat anak tangga.

    "Baiklah.Cepat bersiap Liyana!Jangan buat tetamu tertunggu-tunggu.Kesian Hana.Nanti tak dapat beli beg LV keluaran terbaru."kata mama Liyana

                                 SAYA PEMINAT BUKU_www.gadisbuku.blogspot.com

Di Dalam Bilik Liyana

      "Aduh,baju apa yang nak pakai?Susahnya nak buat pemilihan.Ni Hana punya pasal la.Datang awal sangat.Aku nak pilih baju pun susah.Kalau bersiap lambat nanti dia marah.Cakap nanti beg LV habis la dan 1001 lagi.Konon akan terpacak depan rumah aku 20 minit lagi.Ni tak sampai 3 minit pun."marah Liyana sambil membelek bajunya didalam almari.

     'Ambil blaus ungu dipadankan dengan skirt coklat pokaldot.Mesti nampak cantik.Rambut pula tak perlu ikat lah.Biar mengerbang.Tapi kena sembur perapi rambut dahulu.Nanti baru sihat,cantik dan berseri rambut.Jam pula ambil jenama Folie Folie bertatahkan berlian.Papa baru je beli minggu lepas dekat New York.Desingn ni belum masuk pasaran Malaysia lagi.Cermin mata hitam ambil jenama Gucci berbingkai emas.Kasut pula tumit tinggi.Baru selesa nak berjalan sana sini.Last sekali beg tangan jenama LV.'kata Liyana sambil memakai baju dan skirt.

     "Eh!Lima minit sahaja lagi nak bersiap.Cepat mekap muka!"terus Liyana duduk di meja solek kerana kekurangan masa.

                                  AKU MISS SHOPAHOLIC_www.gadisbuku.blogspot.com

Di Ruang Tamu Rumah Liyana

     "Eh!Dah lama tunggu ke Hana?Kenapa masam sangat muka?Aku bersiap lewat ya?"sapa Liyana kepada rakan baiknya,Hana.

      "Liyana,cuba kau tengok facebook.Ahad minggu lepaskan kita pergi Mid Valley.Kita berdua selfie dekat depan kaunter MAC selepas disolek.Cuba kau tengok comment"kata Hana dengn lantang.

Liyana apa lagi.Terus buka laman facebook miliknya,Handphone Iphone 6 yang diberi oleh mamanya kerana mendapat keputusan cemerlang.Membuka laman facebook,berpuluh-puluh natflication keluar.Diperiksanya gambar selfie yang telah dimuat naikkan ke laman portal FB Ahad lepas.Betul.Ramai memberi comment negatif kepada sahabatnya,Hana.Ish.Mulut jahat betul.Eh!Eh!Eh!Nama facebook dua orang ini amat dikenalinya.Apa?Zulaikha dan Aina juga memberi comment.Ceh!Cakap orang boros la!Miss Shopaholic la!Padahal dia pun sama!Gatal pula tu dengan dua atlet dan jejaka sekolah!Pengacau keamanan ni memang sengaja cari fasal dengan aku.Hei aku Puteri Liyana Amanda Binti Dato'Shafir Azman lah.Aku boleh suruh mama aku,Datin Zariani saman orang tu.Aku boleh suruh papa aku pergi Office Berita iaitu Buletin Utama beritahu yang Zulaikha dan Aina budak paling biadab dengan anak Tokoh Politik.

                                                    BERSAMBUNG.......

Apa yang akan Liyana buat untuk membalas dendam kepada Zulaikha dan Aina?Adakah Hana masih digelar Miss Shopaholic lagi?Adakah Hana yang memang obses membeli-belah dapat mengurangkan obsesnya?

No comments: